Surat Cuti Sekolah Covid-19 : Murid Kuarantin Kendiri di Rumah

Surat cuti sekolah Covid-19 : kuarantin kendiri di rumah ini mungkin bermanfaat untuk murid atau ibu bapa yang memilih untuk cutikan anak-anak atas faktor-faktor keselamatan.

Murid yang tidak bergejala serta bukan kontak rapat pesakit COVID-19 tidak diwajibkan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari di rumah. Namun begitu, atas faktor keselamatan dan kebimbangan terhadap risiko jangkitan, ibu bapa boleh cutikan anak-anak daripada sesi persekolahan.

Definisi dan perincian kontak rapat

Kontak rapat kepada kes positif COVID-19 merupakan individu yang telah dikenalpasti oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berdasarkan siasatan lapangan dan penilaian risiko yang dijalankan.

Kontak rapat merupakan murid yang mempunyai kontak secara langsung dengan kes positif COVID-19.

Ini meliputi murid yang bersemuka secara langsung dengan pesakit COVID-19 pada jarak yang kurang daripada 1 meter. Atau individu yang mempunyai kontak fizikal dengan kes COVID-19 dalam tempoh 14 hari dari tarikh jangkitan.

Antara murid yang dikesan sebagai kontak rapat meliputi:

  • Ahli keluarga yang tinggal serumah dengan kes positif COVID-19; ATAU
  • Murid yang duduk berdekatan (kurang 1 meter dengan kes COVID-19) misalnya di dalam kelas; ATAU
  • Murid dikesan mengembara bersama atau duduk dengan jarak yang dekat. (kurang daripada 1 meter) dengan kes positif COVID-19 sepanjang tempoh perjalanan.

Contoh Surat Cuti Sekolah Covid-19

Murid yang pernah berhubung dengan kes positif namun tidak tidak dikenal pasti sebagai kontak rapat, Tidak akan diberikan Perintah Home Surveillance Order (HSO) oleh KKM.

Walau bagaimana pun, ibu bapa boleh memilih supaya anak-anak menjalani kuarantin kendiri (self quarantine). Serta memantau status kesihatan anak-anak sepanjang tempoh 14 hari serta mengamalkan nasihat kesihatan yang telah dikeluarkan oleh KKM.

Ketidahkadiran murid perlu dimaklumkan kepada guru besar atau guru kelas untuk direkodkan. Ini akan mengelakkan anak-anak diklasifikasikan sebagai tidak hadir tanpa sebab atau ponteng.

Contoh surat maklumat ketidakhadiran ke sekolah ini boleh digunakan untuk sekolah rendah atau menengah. Boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa atau penjaga yang memerlukan.

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!