Myvi langgar van : Polis tahan pemandu di Bandar Kinrara

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki disyaki memandu kereta Perodua Myvi secara melulu dan laju hingga merempuh dua kenderaan di Jalan Bandar Kinrara 6F, Bandar Kinrara, dekat Serdang petang semalam.

Dalam kejadian pada jam 2 petang itu, pemandu kereta berusia 26 tahun berkenaan merempuh van dan Proton Waja mengakibatkan pemandu van cedera parah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at, berkata pemandu Myvi itu dikatakan cuba melarikan diri tetapi ditahan orang awam yang kemudian menyerahkan kepada polis.

“Lelaki pemandu Myvi itu dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSJT) untuk tindakan susulan. Hasil ujian saringan air kencing mendapati pemandu Myvi itu negatif dadah.

“Polis akan menjalankan ujian alkohol terhadap lelaki itu yang didapati tiada rekod jenayah. Kita akan mohon reman terhadap suspek mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Rakaman video kemalangan yang tular di media sosial itu menunjukkan kereta Myvi terbabit dilihat dipandu laju dan turut hampir melanggar seorang penunggang motosikal.

Sementara itu Azman berkata, pemandu van yang parah kini ditempatkan di zon merah Hospital Serdang untuk rawatan selanjutnya.

“Setakat ini, butiran pemandu van itu masih belum diperoleh daripada hospital dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!