TS25 Modul 1 : Coaching dan Pementoran

TS25 Modul 1 : Coaching dan Pementoran ini memberi fokus kepada beberapa elemen dalam mewujudkan ekosistem sekolah ke arah transformasi sekolah.

Program Transformasi Sekolah (TS25) merupakan program yang dibentuk berpandukan model Sekolah Amanah. Program Sekolah Amanah adalah satu usaha sama dengan rakan kongsi swasta yang bertujuan untuk mewujudkan model transformasi sekolah.

Seterusnya, misi kewujudan sekolah amanah kini tercapai apabila dijadikan contoh di seluruh negara sebagai wawasan jangka panjang yang strategik.

Rakan kongsi swasta yang dipilih bagi merintis program ini adalah Yayasan AMIR, iaitu sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Khazanah Nasional Berhad (KNB), penaja bagi program ini.

Latar belakang program TS25

Program Transformasi Sekolah 2025 pada asasnya merupakan satu perubahan kepada minda dan budaya amalan di sekolah.

Pemimpin sekolah sebagai pengurus perubahan memainkan peranan penting untuk mempermudahkan perjalanan warga sekolah ke arah cara kerja baharu.

TS25 merupakan satu usaha melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna.

Pelaksanaan program ini disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan dan guru yang kompeten, beraspirasi tinggi serta komitmen yang padu.

Matlamat dan Objektif pelaksanaan program TS25

Matlamat Program TS25 adalah untuk mentransformasikan bidang kepimpinan yang masih berada di takuk yang lama. Memantapkan kepimpinan sekolah ini termasuklah menyusun semula bidang tugas dan juga memberi kepercayaan kepada guru untuk turut menjadi pemimpin.

Selain itu, program ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Akhir sekali, progra ini berhasrat untuk memperbanyakkan penglibatan Komuniti; Mengukuhkan penglibatan aktif ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.

Berikut merupakan 3 objektif utama pelaksanaan TS25:

  • Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik  yang berfokus.
  • Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi dan pembimbing kepimpinan.
  • Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.

Kandungan TS25 : Modul 1

Bimbingan dan Pementoran (Coaching & Mentoring) dalam proses mentransformasikan sekolah adalah penting. Justeru itu pada modul ini fokus diberikan terhadap 5 elemen atau juga boleh disebut sebagai sub elemen, iaitu;

Koleksi slaid TS25 modul lengkap

MODUL 1
Coaching dan Pementoran
MODUL 5
Penilaian dan Refleksi
MODUL 2
Menerajui Kepimpinan
MODUL 6
Kefahaman Melalui Rekabentuk
MODUL 3
Menerajui Pembelajaran
MODUL 7
Digital Tools & Resources
MODUL 4
Persekitaran Pembelajaran Bermakna
MODUL 8
Redesigning SLE

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

2 thoughts on “TS25 Modul 1 : Coaching dan Pementoran”

Leave a Comment

error: Content is protected !!