TS25 Modul 6 : Kefahaman Melalui Rekabentuk (KmR)

TS25 Modul 6 : Kefahaman Melalui Rekabentuk (KmR) memberi fokus kepada pemantapan pembelajaran  bermakna dan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). 

TS25 merupakan satu usaha melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna.

Pelaksanaan program ini disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan dan guru yang kompeten, beraspirasi tinggi serta komitmen yang padu.

Latar belakang program TS25

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan Program Strategik KPM untuk merangkai titik-titik (connecting the dots) bagi memastikan sistem pendidikan negara bergerak selaras dengan perkembangan abad ke 21.

Fokus program TS25 adalah bagi menghasilkan kemenjadian murid secara holistik dan sekolah berkualiti . Bagi menjayakan hasrat tersebut, kepimpinan sekolah perlu memahami konsep TS25 agar dapat mengerakkan secara maksimum komponen-komponen yang telah digariskan dalam kerangka TS25

Objektif pelaksanaan TS25 Modul 6

  • Mengenal pasti elemen utama yang terdapat di dalam kurikulum  berasaskan penyataan standard.
  • Membanding beza amalan perancangan pengajaran sedia ada  dengan pendekatan KmR
  • Menerima pendedahan terhadap amalan PdP dalam pelaksanaan  Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan penerapan Kompetensi  Pembelajaran Bermakna (6C).
  • Mengenal pasti kaedah PdP yang sesuai dengan hasil  pembelajaran dan keperluan pelajar untuk penerapan Kompetensi  Pembelajaran 
  • Bermakna (6C) dan pelaksanaan PBD.
  • Menyediakan rancangan mengajar berasaskan KmR untuk  penerapan Kompetensi Pembelajaran Bermakna (6C) dan  pelaksanaan PBD.

Bahan Modul TS25 : Modul 6

Sila klik pada sub modul untuk mendapatkan maklumat dan bahan yang berkaitan:

Koleksi slaid TS25 modul lengkap

MODUL 1
Coaching dan Pementoran
MODUL 5
Penilaian dan Refleksi
MODUL 2
Menerajui Kepimpinan
MODUL 6
Kefahaman Melalui Rekabentuk
MODUL 3
Menerajui Pembelajaran
MODUL 7
Digital Tools & Resources
MODUL 4
Persekitaran Pembelajaran Bermakna
MODUL 8
Redesigning SLE

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!