Contoh Bilik TS25 di SK Lepong Balleh

Contoh Bilik TS25 di SK Lepong Balleh ini dikongsikan melalui laman Facebook SK Lepong Balleh. Sekolah ini adalah sebuah sekolah luar banda ryang terletak di daerah Kapit, Sarawak.

Bagi sekolah-sekolah yang turut mengadakan Bilik TS25, bolehlah berkongsi gambar dan kisahnya kepada admin untuk dijadikan inspirasi buat rakan-rakan lain.

“Strength and Growth come only through continuous effort and struggle”

– Napoleon Hill

Bilik Gerakan TS25 SK Lepong Balleh, Kapit ini dikongsikan oleh Cikgu Natelia Lau sebagai penyelaras bilik tersebut. Bilik ini sememangnya sangat bermanfaat untuk guru-guru dan murid sekolah tersebut.

Dokumen-dokumen dan bahan-bahan yang berkaitan program TS25 disusun rapi untuk kegunaan pelaksanaan program transformasi di sekolah. Semoga segala urusan mendidik anak murid ini menjadi lebih mudah dan tersusun.

Gambar Contoh Bilik TS25

Bilik TS25
Bilik TS25
Follow kami menerusi media berikut:
Facebook TchercollectionTelegram Tchercollection
Bilik TS25
Bilik TS25

Program Transformasi Sekolah 2025 – TS25

Program Transformasi Sekolah 2025 pada asasnya merupakan satu perubahan kepada minda dan budaya amalan di sekolah.

Pemimpin sekolah sebagai pengurus perubahan memainkan peranan penting untuk mempermudahkan perjalanan warga sekolah ke arah cara kerja baharu.

TS25 merupakan satu usaha melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna.

Pelaksanaan program ini disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan dan guru yang kompeten, beraspirasi tinggi serta komitmen yang padu.

Modul yang membantu perkembangan Program TS25

MODUL 1
Coaching dan Pementoran
MODUL 5
Penilaian dan Refleksi
MODUL 2
Menerajui Kepimpinan
MODUL 6
Kefahaman Melalui Rekabentuk
MODUL 3
Menerajui Pembelajaran
MODUL 7
Digital Tools & Resources
MODUL 4
Persekitaran Pembelajaran Bermakna
MODUL 8
Redesigning SLE

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!