Jakim, KPM perlu duduk semeja bincang silibus pendidikan, kata PIBGN

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) disaran duduk semeja dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membincangkan silibus pendidikan di sekolah yang dikatakan terlalu memberi tumpuan kepada agama Islam.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Mohamad Ali Hasan berkata, kebimbangan bahawa tumpuan keterlaluan terhadap Islam menyebabkan pelajar Melayu terpinggir daripada pendidikan yang diperlukan untuk berjaya dalam hidup seperti dizahirkan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, tidak sewajarnya ditolak bulat-bulat.

Mohamad Ali Hasan

Beliau berkata, ini kerana Mahathir, yang pernah dua kali menjadi perdana menteri, terlibat secara langsung dan mempunyai pengalaman luas dalam membangunkan taraf kehidupan orang Melayu dan negara.

“Jangan bantah terus pandangan Mahathir, beliau orang berpengalaman luas dan sudah melihat dunia bagaimana hendak membangunkan negara sebaik-baiknya.

“Saya berpandangan KPM bersama-sama Jakim harus meneliti dan memperhalusi visi dan hasrat Mahathir itu kerana niatnya baik.

“Kita semestinya mahu rakyat mendapat pendidikan yang menyeluruh dan holistik,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Mahathir dalam wawancara eksklusif bersama FMT berkata, tumpuan pendidikan di sekolah ketika ini tidak diberikan kepada sains dan teknologi, sebaliknya pengajaran agama dititikberatkan secara keterlaluan “seolah-olah setiap murid akan menjadi ulama”.

Tambah beliau, bidang seperti pendidikan sastera am (liberal arts) yang secara tradisi cukup popular dalam kalangan pelajar Melayu juga tidak menepati keperluan majikan pada masa ini atau masa hadapan.

Follow kami menerusi media berikut:
Facebook TchercollectionTelegram Tchercollection

Ali Hasan berkata, perlu diakui bahawa pendidikan duniawi dan akhirat perlu diseimbangkan memandangkan pelajar ketika ini perlu menghadapi dunia yang luas dan global, selaras dengan Revolusi Industri 4.0, selain juga keperluan semasa dalam dunia pekerjaan.

“Pendidikan yang baik bukan sahaja memberi manfaat kepada diri sendiri, tetapi turut dinikmati warga Malaysia dan juga warga global.

“Jadi, tidak salah saya kira, jika kita bermuhasabah diri, mungkin ada benarnya apa yang dikatakan Mahathir itu. Kita perlu terima teguran beliau secara terbuka,” kata Ali Hasan.

KPM, dalam panduan pelaksanaan jadual waktu pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dan cadangan peruntukan PdPR dan tutorial mengikut subjek, menetapkan tempoh masa 240 minit seminggu bagi subjek Pendidikan Islam untuk pelajar Tingkatan Satu, Dua dan Tiga, sama seperti peruntukan masa untuk subjek Bahasa Melayu.

Senarai Bantuan :-

🍎Permohonan Telefon Pintar Percuma YTL Faundation
🍎Sumbangan Tablet Kepada Pelajar Miskin
🍎Permohonan Tablet Percuma : ETuisyen
🍎Bantuan Tuisyen Percuma Cikgu Saarani
🍎Permohonan bantuan insurans Perkeso 2021

Manakala, tempoh masa yang diperuntukkan untuk subjek Bahasa Inggeris adalah 210 minit seminggu, Matematik (210 minit), Sains (210 minit), Sejarah (120 minit), Geografi (90 minit).

Bagi pelajar Tingkatan Empat dan Lima pula, masa yang diperuntukkan untuk subjek Pendidikan Islam adalah 180 minit seminggu, lebih rendah daripada mata pelajaran lain seperti Bahasa Melayu (240 minit), Bahasa Inggeris (210 minit), Matematik (210 minit), Sains (210 minit), dan Sejarah (120 minit).

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Sumber : freemalaysiatoday.com

1 thought on “Jakim, KPM perlu duduk semeja bincang silibus pendidikan, kata PIBGN”

  1. Cadangan ini perlu dipertimbangkan lagi. Memandangkan kita telah pun ada subjek sains dan teknologi di dalam arus pendidikan. Mengapa perlu diketepikan pendidikan islam yg holistik ini. Biarlah anak2 melayu islam mendapat pendedahan dan pengukuhan agama yg senbenar melalui bidag pendidikan islam. Selebihnya mereka akan menguasainya di dalam pelajaran sains teknologi. Tolong bantu anak bangsa kita dengan pengukuhan agama. Kukuhkan iman mereka sebelum mereka. Melangkah ke dunia penuh cabaran.

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!