Ujian SEGAK 2021 : Panduan Pelaksanaan dalam Norma Baharu

Pelaksanaan Ujian SEGAK 2021 akan diadakan pada Ogos ini, berikutan penangguhan pembukaan sekolah bagi sesi 2021. Kenyataan rasmi telah dibuat oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui surat siaran.

Berikutan kemasukan murid sepenuhnya ke sesi persekolahan secara bersemuka pada bulan April 2021, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa ujian SEGAK bagi bulan Mac 2021 dibatalkan dan dilaksanakan sekali sahaja bagi tahun 2021 iaitu pada bulan Ogos.

Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) merupakan salah satu komponen dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

Pelaksanaan Segak 2021

Perincian Pelaksanaan Ujian SEGAK 2021

SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan.

Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada empat aktiviti iaitu:

  • Indeks Jisim Badan (BMI)
  • Jangkauan melunjur
  • Tekan tubi (1 minit)
  • Ringkuk tubi separa (1 minit)
  • Naik turun bangku (3 minit)

Objektif Pelaksanaan Ujian

  • Mengukur dan merekod tahap kecergasan fizikal kendiri.
  • Menganalisis dan mentafsir kecergasan fizikal kendiri.
  • Mengetahui tahap kecergasan fizikal kendiri.
  • Merancang dan melakukan tindakan susulan bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal.
  • Mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat untuk mencapai tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.

Maklumat Lanjut Mengenai SEGAK

Pihak sekolah perlu memastikan ujian SEGAK dilaksanakan dengan mematuhi Garis Panduan Pelaksanaan SEGAK (Perkara 11.0) yang terdapat dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu 2.0.

[block rendering halted]

KPM memohon kerjasama untuk memastikan setiap sekolah melaksanakan ujian SEGAK, mengunci masuk keputusan SEGAK dan membuat pengesahan data SEGAK dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Puan Nur Haswani binti MazIan di talian 03-88842295 atau Puan Juriah binti Othman di talian 03-88842288 .

Video Panduan melaksana ujian SEGAK dalam Norma Baharu juga boleh ditonton melalui pautan di bawah:

Keselamatan murid semasa melaksanakan Ujian SEGAK 2021 adalah seperti berikut:

  • Murid dikecualikan daripada mengambil ujian ini jika:
    • Disahkan oleh Pegawai Perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasan fizikal.
    • Mengidap penyakit kronik
    • Tidak sihat pada waktu ujian.
  • Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap, selamat, berfungsi dengan baik dan sentiasa disanitasi.
  • Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan.
  • Murid memakai pakaian Pendidikan Jasmani.
  • Pengawasan guru diutamakan semasa ujian dilaksanakan.
  • Murid melakukan aktiviti penyejukan badan selepas ujian dilaksanakan

Semoga aktiviti seperti ini dapat memberikan pendedahan kepada murid tentang kepentingan kecergasan dan kesihatan tubuh badan. Semoga segala aktiviti yang dirancang dapat dijayakan dengan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak.

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

1 thought on “Ujian SEGAK 2021 : Panduan Pelaksanaan dalam Norma Baharu”

Leave a Comment

error: Content is protected !!