Lembaga Peperiksaan KPM Nafikan Kenyataan Akhbar Sinar Harian

Lembaga Peperiksaan KPM nafikan kenyataan akhbar Sinar Harian. Kenyataan media Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia penjelasan lembaga peperiksaan berkenaan laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 7 Februari 2021.

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (LP KPM) ingin merujuk laporan akhbar Sinar Harian pada 7 Februari 2021 bertajuk “Wajah Baharu SPM” di muka hadapan, “SPM Bakal Dirombak” di muka surat dua dan “Peperiksaan Boleh Buka Buku” di muka surat tiga.

Wajab Baharu SPM 2021
Kredit: Sinar Harian 7 Februari 2021

LP KPM mendapati bahawa tajuk dan laporan akhbar Sinar Harian ini telah menimbulkan banyak kekeliruan kepada orang ramai khususnya kepada calon peperiksaan SPM tahun 2020. LP KPM ingin menegaskan bahawa format peperiksaan SPM tahun 2020 adalah kekal seperti sedia ada.

LP KPM juga ingin menegaskan bahawa laporan akhbar Sinar Harian berkaitan format peperiksaan SPM pada masa hadapan adalah tidak benar dan LP KPM tidak pernah membuat sebarang pengesahan berhubung perkara tersebut. Sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada format peperiksaan SPM dan sistem pentaksiran, LP KPM akan memaklumkan secara rasmi kepada orang ramai.

Artikel Berkaitan:-

Penafian Lembaga Peperiksaan

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!